-yang bagi spport kt aku bile aku ttbe down kt sini
di sini senang..di sana senang,di mana-mana hati ku senang.. (,")....place where i scribble about my days..
Wednesday, May 25, 2011
Praktikal?2 hari lagi beybeh..!
-yang bagi spport kt aku bile aku ttbe down kt sini
Wednesday, May 18, 2011
Kami guru Malaysia...!!
Monday, May 2, 2011
WANITA , PEREMPUAN..
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda
hepy bfday to you !
wish u.....
- may god bless u my frenz!
-smoga di panjangkan umor..
-smoga diperluaskan rezeki geng...
dapat keje best,roger2 der kat aku..kih3..;)
-miz moment kte g cameron laa..dgn gaye mchle syumaker ko drive kete kancil..
kih3..
even xde map,smpai gk kte ke tempat yg di tuju..
"allah selamatkan kamu..
allah selamatkan kamu..
allah selamatkan rais rasidi..
allah selamatkan kamu..."
Wednesday, April 27, 2011
Batuk..Oh no..
Batuk Kering (TB)
Pengenalan
Apakah batuk kering?
Batuk kering adalah disebabkan oleh jangkitan kuman 'tubercle bacilli'. Ia disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai 'pulmonary tuberculosis'. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta pesakit maut. Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes batuk kering direkodkan di Malaysia dan 966 dari padanya maut.
Tanda dan Gejala
Apakah gejala batuk kering?
- Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
- Batuk berdarah
- Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
- Hilang selera makan atau turun berat badan
- Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
- Mudah letih dan lemah
Apakah perlu saya lakukan sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut?
Sekiranya ada, anda perlu dapatkan pemeriksaan:
- Ujian kahak yang dilakukan di klinik kesihatan atau hospital
- X-ray dada
Pengesahan penyakit dan rawatan batuk kering terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
Komplikasi
Adakah batuk kering merbahaya?
Sekiranya tidak dikesan, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Rawatan
Adakah batuk kering boleh sembuh dan apa rawatannya?
Ya, ia boleh sembuh. Rawatan batuk kering di Malaysia menggunakan sistem DOTS (Directly Observed Treatment Short course)yang diiktiraf oleh World Health Organization. Ia bermaksud ubat diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu.
- Rawatan perlu diambil selama 6 bulan
- Ubat hendaklah diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan terlatih sepanjang rawatan
- Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4 bulan
- Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya pesakit dapat sembuh
Pencegahan
Bagaimana saya boleh mencegah batuk kering?
Terdapat beberapa cara pencegahan:
- Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.
- Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
- Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.
- Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh bakteria di udara.
- Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik
- Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.
Kumpulan sokongan
- Sila rujuk pejabat kesihatan terdekat untuk sebarang pertanyaan
- The Malaysian Association for The Prevention of TB (MAPTB) atau Persatuan TB Tempatan
Laman web untuk maklumat lanjutan :

